Jin di rumah baru

MANAberita.com — KAMU baru mau pindah rumah atau kosan yang sudah lama ditinggalkan penghuni sebelumnya? Atau mau menempati rumah yang baru selesai dibangun? Sucikan rumahmu, yuk!

Hal ini bertujuan agar jin yang menghuni pergi dan tidak tinggal bersamamu! Berikut caranya:

1. Azan

Melantunkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ini juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh siapapun.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahwa sekiranya sebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin saja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW juga mengatakan agar kita memperbanyak sholat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang berbunyi: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi).

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam.

Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan dianjurkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan menyiramkan aie yang telah dibacakan surah Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Baca Juga
Sttt… Ternyata Inilah Manfaat Es Batu Untuk Kecantikan
Tradisi Unik Jelang Ramadhan ini Akan Membuatmu Takjub, Hanya Ada di Indonesia, Lho!
Tiruskan Pipi Tembem Dalam Waktu 10 Hari Dengan Cara Alami

– Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas).

– Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

– Setelah itu, percikam air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. (Dil)